Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Piala FA 2017 : Preview Separuh Akhir

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Piala FA 2017 kini hanya tinggal 4 pasukan sahaja lagi yang akan bertarung di peringkat separuh akhir, dan hanya 2 pasukan terbaik akan mara ke peringkat seterusnya.

Empat pasukan yang layak adalah Kedah, Negeri Sembilan, Pahang Dan Terengganu. Dan Johor Darul Takzim gagal untuk menpertahankan gelaran kejuaraan yang mereka raih pada musim lalu.

Menarik juga dalam Piala FA musim ini adalah saingan yang ditunjukkan oleh 2 pasukan dari Liga Perdana iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu yang masih cekal bertahan hingga ke pusingan separuh akhir.

Piala FA 2017 : Preview Separuh Akhir

Pahang Vs Negeri Sembilan

Pahang sedang bangkit selepas prestasi teruk pada musim lepas. Mereka kini juga merupakan pasukan yang sedang mengejar kedudukan teratas Liga Super.

Semangat mereka pastinya lebih membara selepas berjaya menundukkan Johor Darul Takzim di peringkat Suku Akhir. Jadi tidak mustahil untuk kita letakkan nama Pahang sebagai pencabar utama untuk kejuaraan Piala FA musim ini.

Pahang pernah menjulang Piala FA sebanyak 2 kali ( 2014, 2006 ). Pada musim lepas Pahang hanya mara sehingga ke pusingan ke-3 sahaja.


Negeri Sembilan, pasukan yang kian hampir untuk kembali beraksi di Liga Super musim hadapan. Kini mereka sedang menerajui Liga Perdana.

Pada musim ini, 'Jang' kembali untuk menjadi pencabar utama dalam saingan Piala FA. Pada musim lepas mereka hanya berpuas hati mara sehingga ke pusingan ke-3 sahaja.

Negeri Sembilan pula pernah menjulang Piala FA juga sebanyak 2 kali (2010, 2003).

Berdasarkan prestasi semasa agak sukar untuk kita pilih siapa akan mara. Namum jika kita imbas kembali rekod pertemuan, kali terakhir Negeri Sembilan menang keatas Pahang adalah pada musim 2011.

Dalam statistik untuk saingan Piala FA, Pahang sudah meledakkan 10 gol dalam kesemua perlawanan Piala FA. Ketajaman jentera serangan mereka menjadi taruhan Dollah Salleh

Dengan semangat Tok Gajah, Abe memilih pasukan Pahang untuk mara ke pusingan akhir Piala FA 2017.

Kedah Vs Terengganu

Kedah, pasukan yang sedang berada dalam prestasi terbaik mereka pada musim ini. Mereka adalah 3 pencabar utama Liga Super. Walaupun nampak ada sedikit penurunan prestasi dalam 5 perlawanan terakhir mereka, namum pasukan Kedah antara pasukan yangmantap dalam Liga Malaysia musim ini.

Pada musim lepas mereka dikecewakan oleh JDT di pusingan separuh akhir. Pada musim ini sudah pastinya mereka mahukan lebih lagi, mereka mahu ke final Piala FA.

Kedah pernah menjadi juara Piala FA sebanyak 3 kali (2008,2007,1996).


Terengganu, satu lagi pasukan dari Liga Perdana. Kini berada di belakang Negeri Sembilan dibezakan 3 mata.

Terengganu baru sahaja diturunkan pangkat untuk musim ini mereka beraksi di Liga Perdana, musim lalu mereka teruk di Liga Super. Namum mereka mahu buktikan mereka ingin kembali, ibarat snag penyu yang mahu kembali ke pantai untuk bertelut.

Terengganu pernah menjadi juara Piala FA sebanyak 2 kali (2011,2000).

Statistik jaringan Kedah dalam saingan Piala FA, mereka sudah meledakan 12 gol. Mereka tersangat garang untuk memburu kemenangan demi kemenangan.

Bagaikan sambaran snag helang, pasukan pilihan Abe untuk perlawanan ini adalah Kedah untuk mara ke pusingan seterusnya.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Piala FA 2017 : Preview Separuh Akhir"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana