Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Euro Cup 2016 kini sudah masuk kepusingan kalah mati. 16 pasukan yang mara akan meneruskan rentak untuk mara ke pusingan quarter final.
Pasukan yang telah berjaya melayakkan diri ke pusingan quarter final adalah Poland, Wales, Portugal, France, Germany, Belgium, Italy dan Germany.
Saingan pastinya akan lebih sengit dan hangat. Berikut adalah jadual perlawanan bagi pusingan kalah mati - last of 16.
Euro Cup 2016 - Last Of 16
Last of 16 | Quarter Final | ||||
---|---|---|---|---|---|
25 Jun – Saint-Étienne. 9.00PM | |||||
Switzerland | 1(4) | ||||
Poland | 1(5) | 30 Jun – Marseille | |||
26 Jun – Lens. 3.00AM | Poland | ||||
Croatia | 0 | Portugal | |||
Portugal | 1 | ||||
26 Jun – Paris. 12.00AM | |||||
Wales | 1 | ||||
Northern Ireland | 0 | 1 Julai – Lille | |||
27 Jun – Toulouse. 3.00AM | Wales | ||||
Hungary | 0 | Belgium | |||
Belgium | 4 | ||||
27 Jun – Lille. 12.00AM | |||||
Germany | 3 | ||||
Slovakia | 0 | 2 Julai – Bordeaux | |||
28 Jun – Saint-Denis. 12.00AM | Germany | ||||
Italy | 0 | Italy | |||
Spain | 0 | ||||
26 Jun – Lyon. 9.00PM | |||||
France | 2 | ||||
Ireland | 1 | 3 Julai – Saint-Denis | |||
28 Jun - Nice. 3.00AM | France | ||||
England | 1 | Iceland | |||
Iceland | 2 | ||||
Ramalan Pasukan yang akan layak ke Quarter-Final Euro Cup 2016
Switzerland Vs Poland
Switzerland cuma pernah menang sekali sahaja dalam 10 perlawanan menentang Poland. itu pun dah berzaman iaitu dalam perlawanan persahabatan 1976.Manakala Poland pernah 4 kali menang dan 5 kali perlawanan berkesudahan seri.
Switzerland sebenarnya ada masalah dengan ketajaman penyudah ketika diperingkat kumpulan, gol mereka datang daripada set piece sepakan penjuru.
Poland pula menjadi salah satu pasukan untuk tidak bolos di peringkat kumpulan.
Kedua-dua pasukan ni sebanarnya baru kali ni dapat merasa masuk pusingan kalah mati di Euro Cup.
Aku pilih Poland untuk layak ke pusingan suku akhir, menang dengan jaringan 1-0.
Wales Vs Northern Ireland
Ini adalah pertembungan pertama kedua-dua pasukan di kejohanan besar.Northern Ireland, kali terakhir menang keatas Wales adalah pada 1980.
Malah ketika peringkat kumpulan, Northern Ireland menjadi pasukan paling rendah purata possession bola (28.5%).
Aku memilih Wales akan menang dengan jaringan 3-0, Gareth Bale score 2 gol..hahaha
Crotia Vs Portugal
Rekod lampau Portugis selain berjaya menjajah Melaka, mereka juga menang kesemua 6 perlawanan menentang Crotia (tanpa bolos juga).Rekod Crotia di Euro Cup juga agak mantap, dalam 10 perlawanan mereka cuma pernah tewas sekali sahaja (0-1 vs Spain).
Portugal ini hebat, bukan tak hebat, mereka adalah pasukan yang paling banyak beraksi dalam Euro Cup dengan 31 perlawanan tapi 0 trofi..hehehe..kesian Cristiano Ronaldo.
Tapi, takpe aku bagi pelaung dekat Portugal untuk layak ke Suku akhir, aku ramal mereka menang dengan sepakan penalti.
France Vs Ireland
France berada dalam form terbaik, mereka tidak pernah kalah dalam 15 kejohanan besar yang bermain ditempat sendiri, 13 kali menangdan 2 seri.Pada Euro 2004, mereka mara ke pusingan kalah mati dan kalah kepada Greece - Juara Euro 2004.
Disebabkan limousine ni diambil sempena nama tempat di France, aku pilih France menang dengan jaringan 2-0.
Germany Vs Slovakia
Rekod Germany menentang Slovakia, mencatatkan 7 menang dan 3 kekalahan.Namum dalam perlawanan terakhir mereka, Slovakia berjaya mencukur misai hitler 3-1.
Germany ni kita tahu, mereka pasukan yang kuat. Sejak Euro 2004, mereka tidak pernah tercicir untuk layak sekurang-kurangnya masuk ke semi final.
Malas nak cerita banyak, aku pilih Germany menang 2-1, sebab negara mereka banyak berjasa pada aku sejak daripad sekolah rendah. Terima kasih Staedtler Noris.
Hungry Vs Belgium
Belgium agak menarik perhatian dalam Euro Cup 2016, sebab ranking FIFA mereka sekarang adalah no.2, sebelum dipotong oleh Argentina mereka berada ditangga teratas ranking FIFA.Hungary ni pun dah lama tak melepasi pusingan kalah mata. Belgium pula kali terakhir masuk Final adalah pada Euro Cup 1980.
Baiklah, aku bagi pelaung dekat "golden generation", aku ramal Belgium menang 1-0.
Spain Vs Italy
Rasa macam anti-klimak pula Spain bertemu Italy di pusingan awal, sebab pasukan ini pada Euro Cup 2012 mereka bertempur di final, Italy tewas 4-0.Span dan Italy pernah bertembung 34 kali, dan rekodnya seimbang dnegan masing menang 10 kali dan 14 kali seri.
Kedua-dua pasukan tewas dalam perlawanan terakhir diperingkat kumpulan.
Dua seteru yang kuat, sukar hendak buat pilihan sebenarnya. Tapi sebab nak tengok Spain buat hat-trick kejuaraan Eropah, aku ramal Spain menang penalti..hahaha
England vs Iceland
Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada jun 2004, England membelasah Iceland 6-1.Namum begitu rekod England di Euro Cup tidaklah begitu baik. Mereka paling tinggi pun mampu layak hingga ke semi final, selepas itu kalah.
Untuk perlawanan pusingan ini, Aku ramal England menang 1-0.
0 Komen untuk "Euro Cup 2016 - Last Of 16"