Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Sebagai penyokong sudah pastinya ramai yang risau dengan prestasi skuad Kelantan musim 2016 ini. Setelah menharungi 12 perlawanan Liga Super 2016, kini Kelantan telah jatuh terperosok di tangga ke-8.
Memang bolasepak adalah permainan berpasukan, namum setiap pemain diatas padang ada tugas masing-masing. Jadi mereka yang jaga bahagian masing-masing perlu memastikan tugas mereka dilakukan dengan baik.
Bahagian pertahanan adalah bahagian yang penting, tiada guna jika penyerang mampu menjaringkan banyak gol jika gawang sendiri juga begitu mudah dibolosi.
Dalam 12 perlawanan tersebut TRW tewas 4 kali dengan jumlah jaringan yang besar iaitu dengan T-Team (4-2), Pahang (4-3) dan Selangor (2-5). Dan secara keseluruhan gawang yang dijaga oleh Apek telah dibolosi sebanyak 22 gol.
Kita boleh lihat dalam perlawanan menentang Pahang, Kelantan berjaya menjaringkan 3 gol. Namum pasukan lawan pula mampu menjaringkan 4 gol. Jadi kita tetap tewas.
Apabila gol bolos, mereka yang bertanggungjawab adalah pemain diposisi pertahanan dan penjaga gol akan dipersoalkan prestasi mereka.
Sebelum bola tiba di gawang, pemain pertahanan akan menjadi benteng untuk memastikan pemain pihak lawan gagal mengawal bola untuk mencari peluang untuk merembat bola terus kearah gol.
Antara pemain pertahanan yang sering diturunkan dalam perlawanan Liga Super (pusingan 1) adalah :
- Daudsu Jamaluddin = 4 perlawanan (2 substitute)
- Jonathan McKain = 6 pelawanan (1 substitute), 4 Kad Kuning
- Nik Shahrul Azim = 9 perlawanan
- Farisham Ismail = 3 perlawanan (1 substitute)
- Muslim Ahmad = 10 perlawanan, 4 kad kuning
- Norhafiz Zamani Misbah = 3 perlawnan (1 substitute)
- Zairul Fitree Ishak = 3 perlawanan (1 substitute), 1 kad kuning
- Mohd Noor Hazrul = 3 perlawanan (1 substitute)
- Mohd Qayyum = 3 perlawanan
Manakala untuk penjaga gol, Khairul Fahmi diturunkan dalam kesemua perlawanan.
Mungkin sudah tiba masanya penjaga gol muda Kelantan juga diberikan peluang iaitu Mohd Ramadhan. Sepertimana peluang yang diberikan kepada pemain muda, Mohd Qayyum.
Dalam pintu perpindahan nanti satu rombakkan perlu dilakukan terhadap barisan pemain untuk memantapkan pasukan. Keampuhan barisan pertahanan juga perlu diambil berat. Pemain import di posisi pertahan juga perlu dikaji adakah beliau masih berkesan dan mampu mengekang asakan pasukan lawan.
0 Komen untuk "Back Four Kelantan Gagal?"