Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Perlawanan Ke-10 Liga Super 2016, Felda United menentang Kelantan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 4 Mei 2016 jam 9.00 malam.
Felda United dalam misi untuk meneruskan rentak kemenangan untuk memastikan mereka terus berada di puncak Liga Super 2016. Kini mereka telah mencatat 7 kemenangan dan 2 kekalahan dengan mengumpul 21 mata.
Mereka perlu menang untuk memastikan terus mampu bersaingan dengan JDT kerana kini kedua-dua pasukan sedang berkongsi mata dan hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan.
Bagi pasukan Kelantan pula, kemenangan dalam perlawanan ini amat penting untuk tidak dipotong oleh pasukan lain dan memastikan mereka terus berada di dalam kumpulan top 5 Liga Super 2016 sebelum berakhir pusingan pertama ini.
Jika Kelantan kalah 3 pasukan sedang siap sedia untuk memintas kedudukan Kelantan kini yang berada di tangga ke-5.
Rekod Pertemuan Felda United vs Kelantan
Ini adalah rekod 8 pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super sejak musim 2011.
Kelantan 50%, Felda United 25% dan keputusan seri 25%.
Felda United : M M M M K
Kelantan : M K S K M
*K=Kalah S=Seri M=Menang
Walaupun begitu kekuatan diatas kertas memihak Kelantan, prestasi pasukan Felda United pada musim ini memang menberangsangkan, kini mereka sedang bersaingan hebat dengan pencabar utama liga iaitu JDT untuk merebut takhta nombor satu Liga Super 2016.
Liga Super 2015
5/8/2015
Felda united 0-0 Kelantan
14/3/2015
Kelantan 0-1 Felda United
Liga Super 2013
7/5/2013
Kelantan 3-0 Felda United
18/1/2013
Felda United 0-0 Kelantan
Liga Super 2012
10/7/2012
Felda United 1-0 Kelantan
31/3/2012
Kelantan 5-1 Felda United
Liga Super 2011
19/5/2011
Felda United 1-3 Kelantan
9/4/2011
Kelantan 6-0 Felda United
Keputusan Perlawanan Felda United vs Kelantan
Felda United 2 - 0 Kelantan
0 Komen untuk "Liga Super 2016 : Felda United vs Kelantan"