Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Liga Super 2016 : Perak vs Kelantan

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!

Satu mata berjaya dibawa pulang dari Stadium Ipoh, dalam aksi pertama Liga Super musim ini. Dengan keputusan Perak 0-0 Kelantan.

Jelas masih banyak yang K. Devan perlu lakukan untuk memulihkan pasukan Kelantan untuk terus beraksi cemerlang dalam saingan Liga Super 2016.

Dibahagian pertahanan nampaknya agak cemerlang, hasil gabungan Daudsu, Muslim, Mckain dan Pok Nik. Banyak cubaan dan gerakan serangan daripada pemain Perak berjaya dipatahkan. Penyerang Perak tidak diberikan ruang yang selesa untuk menyerang.

Cuma bahagian Duadsu sering menjadi sasaran dan bocor. Ini disebabkan Daudsu yang gemar naik sedikit keatas, kadangkala beliau suka membuat overlapping. Jadi bahagian Duadsu sedikit longgar. 

Kerap kali juga pemain import Perak Elias berjaya membuat larian menewaskan barisan pertahanan Kelantan.

Namum secara keseluruhan Kelantan tiada masalah di bahagian pertahanan.

Cuma agak ketara adalah pada bahagian midfield. Abe tak pasti samaada ini taktikal K. Devan yang mahu pemain Midfielder bermain agak defensive. Brendan Gan dan Lucca kedua-duanya berada agak kebawah, terutamanya diseparuh masa pertama.

Aksi Gan mantap dibahagian tengah. Pemain ini memang rajin, mantap di posisi DMF dan beliau juga pantas naik keatas untuk memberi sokongan.

Prestasi Lucca masih belum cukup bagus, atau dia masih sesuaikan diri untuk bermain dengan Kelantan.

Jelas Kelantan tiada Playmaker, kerana serangan sering terbantut dibahagian tengah, tiada hantaran through pass untuk membelah pertahanan Perak.

Mungkin ramai yang berharap K. Devan memasukkan Piya di separuh masa kedua. Kerana penyokong tahu, Piya adalah Playmaker untuk pasukan Kelantan yang sering membuat hantaran-hantaran merbahaya. 


Namum itu jika dia berada diprestasi terbaik, musim lepas masalah Piya adalah beliau mudah kehilangan bola, dan banyak hantaran beliau tak menjadi.

Namum tanpa Piya, Kelantan akan kehilangan seorang Playmaker. Lebih teruk gerakan serangan Kelantan tidak dirancang dengan rapi, dan sering buntu untuk mencipta peluang.

Jadi jelas Kelantan hilang jentera untuk melancarkan serangan, apabila tidak nampak siapa yang mengambil posisi AMC. 

Yang jelas adalah Wan Zack Haikal yang menghidupkan permainan dibahagian tengah, namum tak banyak yang mampu dilakukan oleh Wan Zack, ada sekali dua peluang hadir namum di sia-siakan oleh Wan Zack.

Dramane Traroare pula dikawal ketat, separuh masa pertama amat jarang dia dapat menyentuh bola. Ada kalanya dia terpaksa turun kebawah sedikit untuk mencari bola.

Dipenghujung permainan, Kelantan nampak agak garang dalam melakukan serangan. Namum mungkin sudah agak terlewat momemtumnya, beberapa peluang gagal disudahkan. Sepatutnya serangan itu dibuat lebih awal.

Satu gol jaringan Ilojoski pula tidak dikira kerana offside. Dan satu percubaan merbahaya daripada Lucca berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Perak yang beraksi agak cemerlang pada malam ini.

Apapun permainan Kelantan masih boleh diperbaiki, terutamanya menajamkan lagi jentera serangan.


DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Liga Super 2016 : Perak vs Kelantan"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana