Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Dalam cerita penajaan Dato Seri Vida dalam pasukan Kelantan. Ada beberapa perkara postif yang patut penyokong Kelantan tengok.
Jangan kito benci orang dan marah sampai tak nampak langsung apa kebaikkan yang dia bawa.
Semua yang kita nampak kebaikkan yang ketara penajaan DSV adalah dana kewangan untuk pasukan Kelantan diharap tak menghadapi masalah nak bayar gaji pemain macam musim lepas.
Penyokong Kembali Ke Stadium.
Aura Pamoga Qu Puteh Menarik Penyokong untuk kembali memenuhi stadium. Sejak 2014 sangat ketara dapat kita lihat kadar jumlah penonton yang ke stadium menurun. 2015 lagi teruk, penyokong mula tawar hati untuk beli tiket dengan prestasi TRW yang merundum.
Tapi dalam beberapa perlawanan persahabatan pra-musim 2016. Kita dapat saksikkan Stadium Sultan Muhammad Ke-4 kembali penuh dengan penyokong. Sama seperti aura kebangkitan Gelombang Merah pada tahun 2008 dahulu.
Stadium Berwajah Baru
Isu stadium keramat TRW yang uzur bukan baru. Sudah lama penyokong mahukan wajah baru. Namum selepas janji untuk membuna stadium baru macam dah terkubur, Stadium Sultan Muhammad ke-4 pula tak di selenggara dengan baik.
Tapi idea DSV bijak, dia laburkan juga duit untuk memberikan wajah baru kepada stadium lama ini dan membaikpulih infrastruktur untuk memberi kemudahan kepada penonton seperti kemudahan tandas, yang menarik ialah idea DSV untuk mewujudkan kawasan penyokong wanita dan keluarga itu sangat menarik.
Gimnasium Dan Kolam Ais Untuk Pemain.
Abe pun tak sangka sebenarnya, idea DSV untuk menaja pasukan Kelantan sampai ke tahap ini. Misi yang dibawa DSV memang terbaik untuk bolasepak Kelantan.
Gimnasium yang dilengkapi dengan kolam ais ini akan dibina di Tingkat 3 Wisma Vida Beauty, disebabkan ruang di stadium yang terhad.
Walaupun jauh didalam hati masih ada rasa terkilan dengan cara DSV menaja pasukan Kelantan. Namum otak orang bisnes memang kita tak boleh lawan. Mereka punya perancangan ada misi dan visi yang jauh kehadapan.
Diharap tahun ini pasukan Kelantan akan bangkit semula untuk menjadi pasukan yang digeruni. Lagi sayu diharap Kelantan tak lupa untuk menperkasakan juga barisan pemain muda yang bakal menjadi pelapis TRW kelak.
0 Komen untuk "Penajaan Dato Seri Vida Dari Sudut Positif"