Kuchalana.com get the latest dream league soccer kits, kit dream league soccer, logo dream league soccer, 512x512 kits logo, dream league soccer 2019

Jersi Kelantan 2016

Keep support me to make great Dream League Soccer Kits. Stop copy and paste!
Dato Seri Vida telah mengumumkan bahawa jersi pasukan Kelantan 2016 akan dikeluarkan oleh beliau sendiri, dengan kain yang berkualiti.

Sebelum ini Abe tak lena tidur, mari mimpi pakai jersi baru, siap ada lambang Nike. Walaupun belum ada lagi gambaran awal secara rasmi Abe sajo-sajo modifies jersi, manalah tahu TSAM nak ambil buat inspirasi. Abe pun buatlah lakaran awal, imaginasi tahap gaban berinpirasikan jersi Athelic Bilbao.

Jersi Kelantan 2016

Saja-saja Abe buh Qu Puteh jadi penaja, sebab ramai orang tau duk bual kedai kopi kata nak suruh Qu Puteh jadi penaja. Ini hanyalah spekulasi awal, sebab TSAM sendiri pun belum update pasal penaja TRW musim hadapan.

Dari spekulasi jadi realiti, Qu Puteh betul-betul menjadi penaja pasukan Kelantan 2016.

Abe harap lepas ni pakai jersi 'Nike', pemainan Kelate pun 'NAIK'. Jangan duk sohor jersi je comey tapi main bola dop berapo.

UPDATE: Jersi Baru Pasukan Kelantan Musim 2016

Jersi Kelantan 2016

Jersi Kelantan 2016

Jersi Kelantan 2016

Jersi Kelantan 2016


Banyak betul isu pasal pasukan Kelantan sebelum bermulanya sepak mula Liga Super 2016. Sampaikan isu jersi pun terbabit sama.

Pada awalnya TSAM mengumumkan bahawa jersi Kelantan akan di taja oleh HORC menggunakan jersi jenama Nike.

Namum selepas itu Dato Seri Vida menjadi penaja, isu jersi menjadi hangat kerana beliau mahu jersi utama pasukan Kelantan menggunakan tema pink. Dan dia juga mahu mengeluarkan jersi sendiri dan HORC pula hanya akan menjadi pengedar kepada jersi keluaran DSV nanti.

Menjelang pelancaran jersi baru Kelantan, DSV menghangatkan lagi suasana dengan mendakwa jersi baru Kelantan direka khas dengan benang istimewa yang boleh kuruskan badan, putihkan kulit.

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, benang yang direka khas itu dihasilkan kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan teknologi terkini untuk pembangunan baju itu. 

Jersi berwarna tradisi Kelantan merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri sementara warna merah jambu-hitam dan biru-putih akan digunakan PQPTRW di tempat lawan.


Harga Jersi Kelantan:


  • Mantera = RM68
  • Millenia = RM98
  • Supra Player = RM168







Macam-macam cerita pasukan Kelantan pada awal musim ini, harapan penyokong pemainan pemain Kelantan pun turut panas dengan aksi-aksi yang menarik dan kembalikan kegemilangan Kelantan.

DISCLAIMER : The information contained on https://www.kuchalana.com website (the "Service") is for general information purposes only.

Kuchalana assumes no responsibility for errors or comissions in the contents on the Service.

All stuff on this blog is a non-commercial purpose.

0 Komen untuk "Jersi Kelantan 2016"

 
Copyright © 2020 Kuchalana - All Rights Reserved |
About Us | Contact Us | Privacy Policy | Disclaimer
Template By. Catatan Info Re-Design By: Kuchalana